BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
AkU BuKaN InSan YanG SemPurNa YaNg KaMu CaRi.....

Khamis, 27 Januari 2011


~SeMemanGnya aQue~

KESEDIHAN..Kita tidak pernah mengundangnya namun selagi kita bergelar manusia,kesedihan pasti akan dirasai oleh setiap manusia melalui rentak kehidupan ini.Dalam kesedihan pasti ada airmata,namun jangan lagi kita tangisi atau iringi kesedihan itu dengan airmata lagi kerana lazimnya kesedihan itu boleh membuat kita manusia merendah diri tapi dalam masa yg sama kesedihan boleh menjalinkan hubungan sesama manusia

Sebenarnya,Kesedihan boleh dijadikan ubat penawar kepada jiwa.Kalau kita fikir dengan baik dimanakah dan siapakah tempat untuk kita mengadu, kalau bukan kepada Tuhan Yang Esa.Ketahuilah Dalam masa kesedihan sembahyang dan berdoa adalah cara yg paling berkesan.Ia membawa hasil yg positif dengan segera..iaitu dengan merasakan satu kelegaan kerana telah mengadu pada yang Maha Mendengar,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

~Cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, ada pintu sayang dan pintu rindu. Tapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati~

~Andai tiada penawar berbiasa jangan mencari cinta manusia. jika kehadirannya tanpa diduga bererti Allah ingin menduga dan bercintalah keranaNya. Yakinlah Allah mengerti segalanya~

~Berkawanlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan kesetiaan, berbatangkan keikhlasan, berdahankan kejujuran, berantingkan kesefahaman dan berdaunkan kasih sayang~

~Ada cinta tiada kejujuran ada kasih sayang tiada kesetiaan ada keikhlasan tiada keluhuran ada kebahagian tiada keserasian tapi kalau ada ASTRO macam-macam ada.. hehe~

0 ulasan: